Pages

Monday, September 6, 2010

Paul: Aku bukan tukang tilik

          Masih ingat kah kita pada sotong ini. Si sotong biasa yang diberi nama Paul dan diberi layanan istimewa serta diberikan pekerjaan sebagai tukang tilik. Disebabkan sotong ini jugalah syaitan telah bersorak gembira. Sebenarnya Paul ni sotong kurita biasa yang tak ada sebarang kuasa untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak atau apa-apa keputusan pun.

Psychic octopus Paul

          Fakta sebenarnya ialah sotong kurita adalah buta warna dan lebih tertarik kepada warna yang lebih terang. Jadi, jika anda perhatikan betul-betul, negara yang dipilih oleh Paul adalah negara yang memiliki warna bendera yang lebih terang dari lawannya. Kalau anda kurang percaya dengan fakta ini, sila kaji sendiri.


          Di sebab sotong ini, ramai yang telah syirik kerana percaya pada "kuasa" sotong ini. Ramai juga kaki judi berjudi berdasarkan tilikan Paul. Syirik dah satu dosa...berjudi/bertaruh pulak lagi. Sesungguhnya bertilik nasib adalah haram. Berjudi jug adalah haram. 


          Jadi, piala dunia FIFA yang lepas hanyalah medan tempat melakukan perkara-perkara yang melanggar syarak. Di manakah orang-orang agama seperti mufti dan ustaz yang tampil untuk mengeluarkan fatwa berdasarkan tukang tilik bernama Paul yang telah memesongkan akidah umat Islam.


Cerita asal:
Kalamul Haqq: Oh, dia tak bersalah!: "Anda kenal dengan haiwan ini? Masih kenal dengan ia setelah kejuaraan bola sepak FIFA telah semakin lama berkhir? Mana mungkin kita boleh ..."

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya

               1 Syawal bakal menjelma, Ramadhan semakin meninggalkan kita, kini kita berada di 10 malam yang akhir di mana digalakkan kepada seluruh umat Islam untuk bangun pada malam hari beribadat kepada Allah Yang Esa. 10 malam yang akhir pada bulan Ramadhan yang dinyatakan terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadr


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

   "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" 

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

               Namun, siapa pun akan berasa gembira dengan ketibaan Aidilfitri. Ada yang gembira kerana telah berjaya membentuk jiwa soleh, ada yang gembira kerana merasakan Aidilfitri adalah hari kemenagan kerana telah berjaya mengawal nafsu ketika berpuasa dan tidak kurang juga ada yang
 bersorak gembira kerana tidah perlu puasa lagi. 

           Setiap rumah pasti sedang sibuk melakukan persiapan raya. Ketika ini, bermacam-macam persoalan akan timbul. Berapa jenis kuih dah siap? Berapa helai baju raya dah beli? Langsir nak tukar baru ke? Perabut? err Kereta (nak tukar cat ke)?  

Walau apa pun persiapan kita, jangan kita semua rosakkan apa yang telah kita bina semasa kita berpuasa dengan melakukan pembaziran. Maka akan sia-sia latihan kita mengawal nafsu semasa kita berpuasa sekiranya kita kembali kepada tabiat buruk yang biasa kita lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin. 

Saturday, August 21, 2010

Perhatian kepada Team Penyabong

Team Penyabong

               Pengumuman kepada Team Penyabong, anda semua di tuntut untuk menyiapkan diri untuk percutian 3 hari 2 malam di syalet Abg Zul di pantai Penyabong selepas Raya Puasa ini. Pelbagai aktiviti menarik dan pelik yang masih baru bagi penduduk-penduduk sekitar telah dirangka bagi memastikan bibir-bibir mereka sentiasa basah di sepanjang keberadaan kita di sana. Di sebabkan percutian ini diadakan dalam bulan syawal, maka tema percutian kita ialah Sambutan Aidilfitri di Perantauan (Penyabong). 


Aktiviti-aktiviti yang telah dirangka adalah seperti berikut:

  • Memasak Dodol / Penganan
  • Membakar Lemang dan Rendang
  • Menu-menu biasa (sup ikan merah, sweet sour dsb) 
  • dan aktiviti-aktiviti luar seperti memancing, mandi laut dsb
Butiran:
  • Tarikh               : 13-15 September2010 / 4 Syawal1431H
  • Masa bertolak   : 10malam 13 Sept
  • Destinasi           : Penyabong, Endau

Tuesday, August 17, 2010

Bangun lah Sahur.

Jangan kita malas bangun sahur kerana sahur juga adalah ibadat. 
Jika tak mahu makan makanan berat-berat, cukuplah sekadar sebiji kurma dan segelas air. 



Bulan 1000 Bulan

    
        
         
           Bulan Ramadhan atau dinyatakan sebagai "bulan 1000 bulan" adalah bulan yang dipenuhi dengan rahmat Allah SWT kepada hambanya. Maka bulan 1000 bulan yang dimaksudkan adalah ibadat serta rahmat Allah yang diberikan kepada hambanya pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda menyamai 1000 bulan.

           Sesungguhnya puasa bukanlah suatu bebanan kepada sekalian umat Islam. Malah telah dibuktikan dengan kajian sains bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Setelah 11 bulan kita makan dan minum sesuka hati, kini tibalah masa untuk merehatkan perut disamping meningkatkan amalan seharian.     

Thursday, August 12, 2010

Report: Lambaian Penyabong


       Pada 6-8 Ogos 2010 bersamaan dengan 5-3 hari sebelum puasa, sekumpulan pelancong tempatan dari Juasseh telah datang ke Penyabong untuk meraikan kedatangan Ramadhan kate mereka. Dengan segala kelengkapan dapur yang dibawa dari rumah, mereka telah memasak makanan sesuka hati di sekitar kawasan shelet yang mereka sewa. Sesuatu yang baru yang tidak pernah pelancong-pelancong lain amalkan di sekitar kawasan berkenaan.

Kaum ibu memotong bawang
Chef Jamal dan isteri
       Lemang dan rendang juga turut mereka sediakan untuk samtapan seisi keluarga. Memang bersungguh-sungguh mereka nak menyambut Ramadhan. Sehinggakan asap lemang beterbangan di udara, aroma rendang menyebabkan bibir penduduk sekitar sentiasa basah dan berair. Belum lagi 'ghaso' sup tulang Pakcik Jamal yang membuatkan ramai yang tidak sabar menghirup akan tersedak.

Bukti: Pembakaran Lomang Penyabong
          Ha. Baru diorang tau penangan aroma dan masakan Pakcik Jamal dari Juasseh. Sehinggakan ada penduduk Penyabong yang membuat andaian "akan tutuplah semua kedai makan di Penyabong kalau Pakcik Jamal jual sup tulang. Lihat saja kepada menu makanan kami selama 3 hari 2 malam, mengalahkan hotel 5 bintang. Ditambah pula dengan ikan-ikan fresh yang baru dipancing membuatkan kedatangan kami ke Penyabong sungguh bermakna.

Menu makanan:
Jumaat(malam):
- tiada. semua orang keletihan lalu tidur.
- pada ketika ini, anak-anak bujang telah mula memancing.

Sabtu
- sarapan               - nasi goreng Penyabong
- makan tengahari  - lemang dan rendang
                             - sup tulang 
- makan malam      - ikan kerapu sweet sour
                                (malangnya penulis tak dapat rasa sebab tidur.haha) 

Ahad
- sarapan               - nasi goreng Penyabong / kuih-kuih
- makan tengahari  - sup ikan merah / ketam masak lemak

IKAN OH IKAN KENAPA KAU TAK NAK TIMBUL?

Bercakap tentang ikan, ahh tak payah cakaplah...tengok je gambar-gambar ni...zaasss...





.

RAMADHAN AL-MUBARAK





"Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang dijanjikan dengan berbagai-bagai fadhilat dan ganjaran daripada Allah SWT. Semoga kita semua banyakkan amalan, kurangkan percakapan, banyakkan bersedekah serta tingkatkan iman. Semoga segala amalan di bulan puasa ini diterima Allah SWT"

Monday, August 9, 2010

Pantai Penyabong


Jeti dan pulau di Penyabong

Pantai Penyabong

Pantai Penyabong terletak di kawasan Endau, kira-kira 36 kilometer dari Mersing. 

Apabila tiba di sana, mata akan terpukau dengan keindahan pantai dan pulau-pulau berhampiran. 

Pantai ini dahulunya dikenali sebagai "Pantai Pasir Lanun" kerana dipercayai menjadi tempat persinggahan dan persembunyian lanun pada suatu ketika dahulu . 

Jeti Penyabong
Terkenal sebagai tempat perkampungan nelayan, pantai Penyabong kini bertukar wajah sebagai tempat pelancongan dan tumpuan bagi kaki pancing-kaki pancing. 

Kebanyakan pelancong yang datang mempunyai tujuan yang satu iaitu memancing. 

Sama ada memancing di kawasan jeti, pantai, pulau mahupun di atas bot, kaki pancing-kaki pancing pasti akan dapat merasakan keseronokan memancing kerana terdapat banyak lubuk-lubuk ikan di sekitar kawasan pantai dan laut Penyabong. 

calet
Selain itu, terdapat banyak kemudahan calet dan resort di sekitar kawasan berhampiran bagi mereka yang ingin bermalam ataupun mahukan suasana santai bersama keluarga pada kadar harga yang sangat berpatutan. 

Jika anda sukakan suasana yang tenang dan mendamaikan serta bebas dari sebarang gangguan kebisingan, disamping menjalankan aktiviti memancing, maka Pantai Penyabong, Endau; Pantai Penyabong di sini mungkin pilihan terbaik. 

Tuesday, July 27, 2010

Selamat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Dengan ini maka pada tarikh 27 Julai 2010/5.41pm maka terhasillah blog "Dari Juasseh Ke Seantera Dunia" yang memaparkan kisah dan minda seorang anak jati Juasseh,Negeri Sembilan... 
akhir kata...
wassalam dan selamat berblog...haha