Pages

Saturday, August 21, 2010

Perhatian kepada Team Penyabong

Team Penyabong

               Pengumuman kepada Team Penyabong, anda semua di tuntut untuk menyiapkan diri untuk percutian 3 hari 2 malam di syalet Abg Zul di pantai Penyabong selepas Raya Puasa ini. Pelbagai aktiviti menarik dan pelik yang masih baru bagi penduduk-penduduk sekitar telah dirangka bagi memastikan bibir-bibir mereka sentiasa basah di sepanjang keberadaan kita di sana. Di sebabkan percutian ini diadakan dalam bulan syawal, maka tema percutian kita ialah Sambutan Aidilfitri di Perantauan (Penyabong). 


Aktiviti-aktiviti yang telah dirangka adalah seperti berikut:

  • Memasak Dodol / Penganan
  • Membakar Lemang dan Rendang
  • Menu-menu biasa (sup ikan merah, sweet sour dsb) 
  • dan aktiviti-aktiviti luar seperti memancing, mandi laut dsb
Butiran:
  • Tarikh               : 13-15 September2010 / 4 Syawal1431H
  • Masa bertolak   : 10malam 13 Sept
  • Destinasi           : Penyabong, Endau

Tuesday, August 17, 2010

Bangun lah Sahur.

Jangan kita malas bangun sahur kerana sahur juga adalah ibadat. 
Jika tak mahu makan makanan berat-berat, cukuplah sekadar sebiji kurma dan segelas air. 



Bulan 1000 Bulan

    
        
         
           Bulan Ramadhan atau dinyatakan sebagai "bulan 1000 bulan" adalah bulan yang dipenuhi dengan rahmat Allah SWT kepada hambanya. Maka bulan 1000 bulan yang dimaksudkan adalah ibadat serta rahmat Allah yang diberikan kepada hambanya pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda menyamai 1000 bulan.

           Sesungguhnya puasa bukanlah suatu bebanan kepada sekalian umat Islam. Malah telah dibuktikan dengan kajian sains bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Setelah 11 bulan kita makan dan minum sesuka hati, kini tibalah masa untuk merehatkan perut disamping meningkatkan amalan seharian.     

Thursday, August 12, 2010

Report: Lambaian Penyabong


       Pada 6-8 Ogos 2010 bersamaan dengan 5-3 hari sebelum puasa, sekumpulan pelancong tempatan dari Juasseh telah datang ke Penyabong untuk meraikan kedatangan Ramadhan kate mereka. Dengan segala kelengkapan dapur yang dibawa dari rumah, mereka telah memasak makanan sesuka hati di sekitar kawasan shelet yang mereka sewa. Sesuatu yang baru yang tidak pernah pelancong-pelancong lain amalkan di sekitar kawasan berkenaan.

Kaum ibu memotong bawang
Chef Jamal dan isteri
       Lemang dan rendang juga turut mereka sediakan untuk samtapan seisi keluarga. Memang bersungguh-sungguh mereka nak menyambut Ramadhan. Sehinggakan asap lemang beterbangan di udara, aroma rendang menyebabkan bibir penduduk sekitar sentiasa basah dan berair. Belum lagi 'ghaso' sup tulang Pakcik Jamal yang membuatkan ramai yang tidak sabar menghirup akan tersedak.

Bukti: Pembakaran Lomang Penyabong
          Ha. Baru diorang tau penangan aroma dan masakan Pakcik Jamal dari Juasseh. Sehinggakan ada penduduk Penyabong yang membuat andaian "akan tutuplah semua kedai makan di Penyabong kalau Pakcik Jamal jual sup tulang. Lihat saja kepada menu makanan kami selama 3 hari 2 malam, mengalahkan hotel 5 bintang. Ditambah pula dengan ikan-ikan fresh yang baru dipancing membuatkan kedatangan kami ke Penyabong sungguh bermakna.

Menu makanan:
Jumaat(malam):
- tiada. semua orang keletihan lalu tidur.
- pada ketika ini, anak-anak bujang telah mula memancing.

Sabtu
- sarapan               - nasi goreng Penyabong
- makan tengahari  - lemang dan rendang
                             - sup tulang 
- makan malam      - ikan kerapu sweet sour
                                (malangnya penulis tak dapat rasa sebab tidur.haha) 

Ahad
- sarapan               - nasi goreng Penyabong / kuih-kuih
- makan tengahari  - sup ikan merah / ketam masak lemak

IKAN OH IKAN KENAPA KAU TAK NAK TIMBUL?

Bercakap tentang ikan, ahh tak payah cakaplah...tengok je gambar-gambar ni...zaasss...





.

RAMADHAN AL-MUBARAK





"Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang dijanjikan dengan berbagai-bagai fadhilat dan ganjaran daripada Allah SWT. Semoga kita semua banyakkan amalan, kurangkan percakapan, banyakkan bersedekah serta tingkatkan iman. Semoga segala amalan di bulan puasa ini diterima Allah SWT"

Monday, August 9, 2010

Pantai Penyabong


Jeti dan pulau di Penyabong

Pantai Penyabong

Pantai Penyabong terletak di kawasan Endau, kira-kira 36 kilometer dari Mersing. 

Apabila tiba di sana, mata akan terpukau dengan keindahan pantai dan pulau-pulau berhampiran. 

Pantai ini dahulunya dikenali sebagai "Pantai Pasir Lanun" kerana dipercayai menjadi tempat persinggahan dan persembunyian lanun pada suatu ketika dahulu . 

Jeti Penyabong
Terkenal sebagai tempat perkampungan nelayan, pantai Penyabong kini bertukar wajah sebagai tempat pelancongan dan tumpuan bagi kaki pancing-kaki pancing. 

Kebanyakan pelancong yang datang mempunyai tujuan yang satu iaitu memancing. 

Sama ada memancing di kawasan jeti, pantai, pulau mahupun di atas bot, kaki pancing-kaki pancing pasti akan dapat merasakan keseronokan memancing kerana terdapat banyak lubuk-lubuk ikan di sekitar kawasan pantai dan laut Penyabong. 

calet
Selain itu, terdapat banyak kemudahan calet dan resort di sekitar kawasan berhampiran bagi mereka yang ingin bermalam ataupun mahukan suasana santai bersama keluarga pada kadar harga yang sangat berpatutan. 

Jika anda sukakan suasana yang tenang dan mendamaikan serta bebas dari sebarang gangguan kebisingan, disamping menjalankan aktiviti memancing, maka Pantai Penyabong, Endau; Pantai Penyabong di sini mungkin pilihan terbaik.